[KURMA] Tahukah anda gula semualajadi
yang terkandung dalam kurma jauh lebih sihat daripada gula pasir? Sudah menjadi kelaziman, kurma menjadi menu utama sebagai juadah berbuka ketika bulan Ramadhan. Namun tahukah anda kurma perlu diambil setiap hari terutama untuk kanak-kanak?
Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku ‘Tempoh Mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan’, kurma berperanan untuk pembesaran kanak-kanak, tumbesaran minda, pembentukan darah dan sumsum tulang. Selain itu juga, kajian membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
Oleh sebab itu, Kelly and Kids juga menggunakan kurma sebagai salah satu bahan utama dalam pembuatan biskut coklat cip yang dirumus khas buat kanak-kanak kerana merekalah generasi hadapan kita.
