KASIH IBU TIADA BATASAN
Benarlah kata pepatah, “kasih ibu tiada gantinya; kasih ibu membawa ke syurga”. 
Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak; termasuk menyediakan makanan yang berkhasiat buat mereka. Namun, kanak-kanak amat gemarkan makanan snek atau jajan walaupun mereka sudah makan makanan wajib. Memang banyak makanan snek yang dijual dipasaran tetapi kebanyakannya langsung tidak mempunyai sebarang khasiat kerana kandungan gula dan pewarna yang tinggi. Masalah ini jadi bertambah rumit apabila ibu memiliki anak-anak istimewa yang memerlukan penjagaan diet makanan yang rapi. Secara tidak langsung, anak-anak istimewa ini tidak dapat menikmati makanan snek seperti rakan-rakan mereka yang normal.
Disebabkan rasa kasih pada anak dan perasaan kecewa tidak dapat memberikan makanan snek yang berkhasiat, seorang ibu memulakan eksperimen didapur sendiri untuk menghasilkan biskut coklat cip yang berkhasiat tetapi sedap dan berkhasiat untuk anaknya. Tidak lama selepas itu, kesedapan biskut coklat cip ini bermain di bibir rakan-rakan anaknya dan ibu-ibu mereka. Setelah meneliti perkongsian daripada rakan usahawan lain dan hasil kajian pasaran, kami bersependapat untuk menghasilkan biskut sedap, berkhasiat, murah (di bawah RM2) dan halal untuk semua.
Disinilah bermulanya perjalanan dan perjuangan sebenar Kelly & Kids. Misi kami adalah untuk memberikan senyuman kepada kanak-kanak dan ibu bapa walau dimana jua mereka berada, tanpa mengira latar belakang dan status sosial mereka. Semoga produk makanan snek Kelly & Kids dapat membantu kanak-kanak mendapatkan makanan snek yang sedap, berkhasiat, halal dan murah (sekaligus tidak membebankan ibu bapa).
Salam sayang buat semua,
KELLY
[tabs style=”1″ ][/tabs]
